Jumaat, 20 Julai 2012

Bersawang akibat lama tidak dijenguk....


Bukan kerana tiada idea untuk menulis dan juga bukan kerana masa untuk bercerita dan kisah untuk dikongsikan bersama tetapi kerana rasa TIDAK MAHU untuk menjenguk apatah lagi untuk menulis sesuatu di sini..... maka oleh sebab itu, laman ini tersangatlah bersawang kira-kira selama hampir 4 bulan lebih...

Itulah kuasa perkataan TIDAK MAHU..! percaya atau tidak, kuasa minda sebenar terlalu kuat mempengaruhi tindakan kita sama ada secara kita sedar atau sebaliknya. Positif atau negatif yang bermain difikiran kita akan menghasilkan tindakan sedemikian serupa di dunia realiti. Maka tidak kisahlah jika para pakar psikologi atau rakan kaunselor apatah lagi kawan-kawan kita di luar sana yang mempelajari ilmu psikologi seringkali memperkatakan mengenaikan kekuatan kuasa minda yang mempengaruhi segala tindak tanduk manusia. Namun harus diingat.... segalanya bermula dengan kehendak DIA yang Maha Mencipta. Kuasa minda yang menguasai tindakan luaran kita tidak akan tercetus sekiranya DIA tidak membenarkan hal sedemikan rupa berlaku... :)

Sekadar ini dahulu sebagai permulaan kepada sebuah laman yang terbengkalai.... akhir kalam selama bersua kembali di lain waktu..

Sabtu, 17 Mac 2012

pErTaMa

kehidupan satu persoalan......
kerap kali kita bertanya @ ditanya tentang pelbagai persoalan...
kadang-kadang persoalan itu berlegar2 di segenap ruang pemikiran dan bila sampai masa ia diterjemahkan melalui lisan yang mudah dituturkan...lalu kadang-kala persoalan itu menemui jawapan untuk membawanya menuju ke arah keluar.....namun kebuntuan yang bertandang menyebabkan diri terasa sesak.....nafas terasa semput.... dan jalan keluar terasa samar untuk ditemui.....

aku terasa seperti sesak untuk menghadapi sebuah persoalan hidup. terlalu banyak persoalan sehingga kini kebuntuan mengambil alih tempat sebuah jawapan. aku BUNTU. itu sebuah kepastian. semakin banyak aku berbicara dan berfikir dengan lebih mendalam.... semakin banyak kekacauan jiwa yang aku alami.... permasalahan yang besar hanyalah satu iaitu persoalan hati....! namun sehingga kini mengapakah persoalan demi persoalan yang berlegar tidak dapat aku temui jawapan dan kenapakah semakin sukar jalan untuk membawaku keluar dari segenap ruang jalan yang membuntukan ini.....

bukan aku minta untuk dilahirkan dengan rasa begini...kadang kala aku juga diserbu rasa bersalah dan berdosa yang teramat tinggi kepada Yang Maha Pencipta.... aku mengalami konflik jiwa yang amat tinggi... yang amat ketara dan amat mendukacitakan.... kenapakah aku yang dipilih menerima ujian sebegini???

itu juga satu persoalan....

kebijaksanaan yang dianugerahkan oleh Allah menyebabkan aku berfikir.......
kenapa perlu aku bertanya soalan tersebut???

rasional ku mula mendatang.....
tidakkah ini dinamakan sebagai dugaan....? bukankah aku sepatutnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk terus diuji.... tanda ALLAH Maha kasihkan aku lebih daripada orang lain........

tapi aku hanya insan biasa....lemah....nisyan....apakah aku mampu untuk keluar dari permasalahan ini???
arrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh...........aku masih tersepit dan terhimpit...

Jumaat, 16 Mac 2012

SKSP ( salam kenalan salam permulaan )

syukur Alhamdulillah......
akhirnya aku lahirkan juga sebuah lakaran kehidupan menerusi penulisan....
kanvas ini diconteng dengan pelbagai rentak kehidupan berpaksikan sebuah pengalaman dan perkongsian hati dan perasaan bersama....

yang pasti ianya berbentuk peribadi dan lebih pada sebuah diari...
aku lakarkan segalanya disini agar segalanya sunyi dan sepi.... biarlah aku sendiri yang merasai dan disini segalanya aku kongsikan.....

ternyata aku harapkan ia dapat menjadi sebuah proksi pengubat jiwa dan medium motivasi untuk merasionalkan diri...... :)