Bukan kerana tiada idea untuk menulis dan juga bukan kerana masa untuk bercerita dan kisah untuk dikongsikan bersama tetapi kerana rasa TIDAK MAHU untuk menjenguk apatah lagi untuk menulis sesuatu di sini..... maka oleh sebab itu, laman ini tersangatlah bersawang kira-kira selama hampir 4 bulan lebih...
Itulah kuasa perkataan TIDAK MAHU..! percaya atau tidak, kuasa minda sebenar terlalu kuat mempengaruhi tindakan kita sama ada secara kita sedar atau sebaliknya. Positif atau negatif yang bermain difikiran kita akan menghasilkan tindakan sedemikian serupa di dunia realiti. Maka tidak kisahlah jika para pakar psikologi atau rakan kaunselor apatah lagi kawan-kawan kita di luar sana yang mempelajari ilmu psikologi seringkali memperkatakan mengenaikan kekuatan kuasa minda yang mempengaruhi segala tindak tanduk manusia. Namun harus diingat.... segalanya bermula dengan kehendak DIA yang Maha Mencipta. Kuasa minda yang menguasai tindakan luaran kita tidak akan tercetus sekiranya DIA tidak membenarkan hal sedemikan rupa berlaku... :)Sekadar ini dahulu sebagai permulaan kepada sebuah laman yang terbengkalai.... akhir kalam selama bersua kembali di lain waktu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan